Majlis Peluncuran National Advisory Council for Biomedical Engineering (NACBE) dan Penyampaian Sijil Kompetensi Biomedical Technical Personnel (BTP)

Pada
15 Julai 2024, telah berlangsung Majlis Peluncuran National Advisory Council
for Biomedical Engineering (NACBE) dan Penyampaian Sijil Kompetensi
Biomedical Technical Personnel (BTP) di Hotel Everly, Putrajaya dan telah
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Penubuhan
NACBE ini adalah hasil penaiktarafan jawatankuasa sedia ada, iaitu Biomedical
Engineering National Committee (BENC). NACBE berperanan sebagai
jawatankuasa tertinggi peringkat kebangsaan yang menjadi platform untuk
membincangkan dan meluluskan isu-isu strategik berkaitan Perkhidmatan
Kejuruteraan Bioperubatan. Antara fokus utama NACBE adalah pembangunan kompetensi,
penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi, keselamatan dan teknologi
dalam disiplin bioperubatan.
Pada
majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Kompetensi Biomedical
Technical Personnel (BTP) kepada kakitangan yang telah menerima
pengiktirafan Kompetensi Tahap 3 dan disempurnakan oleh Ts. Huszian Husin,
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM. Sijil Kompetensi ini adalah
bertujuan mengiktiraf usaha dan komitmen syarikat penyelenggaraan Biomedical
Maintenance Services (BEMS) dalam meningkatkan tahap kompetensi melalui
latihan berkualiti.
Seramai
17 BTP daripada Radicare telah berjaya menerima pengiktirafan Kompetensi Tahap
3 untuk peralatan perubatan berdasarkan model spesifik pada hari tersebut.