Majlis Menandatangani MoU di antara UKM Medicare
dan Radibems Sdn Bhd

Pada 24 Januari 2025, Majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) di antara UKM Medicare dengan Radifems Sdn Bhd, Radibems Sdn Bhd dan Medilaund (M) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Radicare (M) Sdn Bhd telah dimeterai di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Majlis menandatangani MoU telah ditandatangani oleh Encik Hidaya Bin Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif Radicare (M) Sdn Bhd dan Encik Mohd Rizal Zubair, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UKM Holding yang disaksikan oleh Puan Nasuhani Rahmat, Ketua Operasi UKM Medicare Sdn Bhd.
Kerjasama dua hala ini mencerminkan komitmen Radibems untuk memanfaatkan kekuatan bersama UKM Medicare demi mencapai matlamat bersama dalam sektor penjagaan kesihatan.